Sunday, February 28, 2010

Madah berHikmah

1. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

2. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

3. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

4. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

5. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

6. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

7. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

8. Orang-orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

9. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia itu.

10. Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

11. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

12. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

13. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

14. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

15. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

23. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

24. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Friday, August 21, 2009

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. ( Aristotle )

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. (Aristotle ).

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).

Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka ).

Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati. (Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis).
Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru. (Hamka).

Habis adat kerana kerelaan. ( Pepatah Melayu).

Adat juara berkalah menang. ( Pepatah Melayu).

Adat hidup tolong-menolong, dunia balas-membalas dan adat syariat palu-memalu.. (Pepatah Melayu).
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama).

Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).

Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).

Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).

Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. (Hamka).

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. (Hamka ).
Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).

Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).

Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya. ( Maksud hadis ).

Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar. (pepatah Melayu).

Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tupuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. ( Hamka).

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

Hendaklah selalu berbuat baik dan jauhkanlah pekerjaan maksiat. (maksud hadis).

Hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu.(m.hadis).

Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain. (Francis Becon).

Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka).
Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya.
Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.
Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.Mengapa mahu dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih. ( Hamka).

Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin ).

Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,begitu juga sebaliknya.Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa. (maksud hadis).

Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya kep uncak ketinggian.Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan malas,peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi sedikit .Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan pekerjaan orang yang merdeka tetapi pekerjaan bdak-budak. (sejarahwan)

"Wahai manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan Kami jadikan kami bergolongan dan berbangsa-bangsa,supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain.Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyelidiki. ( Maksud ayat al-Quran 49:13)
Benar jadi berani. (pepatah China)

Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.
Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapai kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)

Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)

Benar tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya. (Chamberlain)

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya.(imam Al Ghazali).

Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini.(pendeta).

Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).

Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau taida kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka).

Kalau petang dan pagi seseorang itu beroleh aman dan sentosa daripada sebarang gangguan,itulah orang yang bahagia.(zaid)

Kalau sekali seorang bijak melakukan kekeliruan,di belakangnya terdapat ramai orang bodoh yang mengulangi kekeliruan itu.(Beng Cu).

Kalau engkau ingin menjadi raja,pakailah sifat qanaah.kalau engakau ingin beroleh syurga dunia sebelum syurga akhirat,pakailah budi pekerti yang baik.Kedua sifat ini ialah kawan bahagia.(saidina Ali).

Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak dapat menolak demam,tidak dapat menghindarkan maut,nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya,serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.(Hamka).

Kalau hendak beroleh kemerdekaan fikiran,hendaklah biasakan hidup melarat,sengsara dan tidak terpengaruh oleh hiasan dunia.Tetapi kalau engkau hendak mencapai kemerdekaan untuk diri sendiri dan bangsamu,hendaklah engakau biasakan bersikap tabah menempuh perjuangan.(Voltaire).

Kalau pemerintah mempunyai hak atas rakyat iaitu supaya rakyat taat dan tunduk kepadanya,maka rakyat pula mempunyai hak atas pemerintah,yakni hendaklah pemerintah berlaku adil atas rakyat.(Muhammad Abduh).

Kalu hendak memperbaiki karangan,adakan peraturan dalam fikiran.(buffon).

Kalau hendak mempunyai tampan yang paling baik dan paling kukuh dalam karangan,menulislah dengan sederhana.(Hohenemser).

Kalau kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran.(Horatius).

Kalau tutur kata dan bahasa tidak sesuai dengan keadaan yang sebenar,itu tandanya bahawa sesuatu perkara tidak berhasil.
Kalau kamu berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,jika kamu berada di tengah orang ramai,jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan,jaga perangaimu.(lukmanul hakim).

Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya.(Hamka).

Jikalau orang perlu kawan,dia akan mengambil setiap orang yang mahu menolongnya,soal siapa orangnya,itu tidak penting.(Feng Yu Hsiang)
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka)

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).

Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).

Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ).

Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).

Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. ( Hamka ).

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama ).

Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela, keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).

Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).

Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).

Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur. ( Hamka ).

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).

Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).

Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. (saidina Ali Abi Talib ).

Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah Melayu)

Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum,nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu. ( Peribahasa Arab ).

Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus diperhatikan.Disinilah terletak halusnya,walaupun hanya empat atau lima baris. (Hamka)

Mengatur bahasa beerti mengatur fikiran bangsa,menambah kata-kata bahasa,beerti menumbuhkan fikiran bangsa.Bahasa itu adalah jiwa bangsa.(Sutan takdir)

Bahasa tidak boleh dijual beli. (peribahasa).
Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. (peribahasa)

Sifat baik ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar. (Marsekal Foch).
Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (hadis)

Wahai saudagar!Ambillah yang benar,nescaya kamu selamat.Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang banyak. (Saidina Ali)

Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu).

Benar akan menang.
Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.
Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. (peribahasa Tibet).

Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka).

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. ( Hamka).

Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah.dengki (hamka).

Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)

Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan adil adalah satu. (Hamka)

Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.(Hamka)

Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka).

Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.(Hamka).
Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu)

Kalau banyak ilmu manusia,lebih mudah dia menipu dirinya.Jalan yang baik mengelakkan kesilapan ialah membuat tidak tahu.(Jean Jacques Rousseau).

Kalau kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,kalau kekayaan memerintah,kita jadi miskin.(Edmund Burke).

Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China).

Kalau banyak benda yang manusia malukan,dia akan dihormati.
Kalau dua orang menunggang kuda,seorang mesti duduk di belakang.(peribahasa Inggeris).

Kalau engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab).

Kalau bekerja dianggap menyusahkan,mengganggur merosakkan.(peribahasa Arab).

Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri.(peribahasa Arab).

Kalau kamu letakkan pedang yang terhunus di leherku,sewaktu aku menyampaikan perintah Allah dan Rasulnya,aku akan terus berbicara,sekalipun pedangmu itu aakan memutuskan leherku.(Abi Zar Al Gifary).

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.(Umar Al Khatab).

Kalau hendak orang lain menyimpan rahsiamu,lebih dahulu simpanlah pada dirimu sendiri.

Kalau orang mengasihi anda , dia kan membuat anda meratap, tetapi jika orang membenci anda, dia akan membuat anda ketawa.

Kalau kita membenci orang,orang akan membenci kita.

Kalau kurang pada rupa jangan kurang pada budi.

Kalau orang sakit memikirkan nyawanya,orang sihat akan memikirkan wangnya.

Kalau kita tidak mencari sesuatu,kita tidak dapat menemui sesuatu.
Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.

Memerhatikan keindahan alam itu menambah harga diri.

Hasad dengki menghilangkan keindahan,baik keindahan badan,keindahan jiwa ataupun keindahan akal.Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.

Alangkah indahnya jika dunia dan agama berkumpul menjadi satu dan alangkah buruknya jika kafir dan derhaka bergabung dalam diri seseorang.

Letak keindahan bukan pada ejekannya,tetapi pada cara dia mengejek.

Bacaan Al-Quran dengan lagu yang indah,suara yang merdu ,menunjukkan dalam agama pun ada seni suara.

Allah amat ingin agar hambanya memperlihatkan bekas nikmatnya atas dirinya.

Perhiasan timbul dariapda kerinduan terhadap yang indah.Bunga yang mekar di atas meja,kerusi yang bagus,semuanya seiring dengan kemajuan otak dan jiwa.
Berhiaslah ketika ke masjid.Tandanya berhias itu dilarang bahkan dianjurkan.Tetapi jangan berlebih-lebihan.
Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Sesungguhnya Allah itu indah,suka akan keindahan. Perhiasan adalah barang indah.Orang tidak boleh berhias dengan barang yang buruk.

Sikap yang kasar adalah lantaran jiwa yang ksar,jiwa yang tidak mengenal keindahan.
Jika seseorang tidak dikuasai oleh perasaan benci,setiap pakaian yang dipakainya kelihatan indah.
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.dakwah Isalam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Perbezaan kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian kepada nabi Isa adalah tentang’Filsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib.

Agama Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut masai,tidak licin bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.
Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat.

Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu.

Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.

Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.

Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’

Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah / difitnah.

Manusia yang hanya besar perut,banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat jahat.

Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji.

Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan.
Jangan sekali-kali berputus-asa,tetapi jika anda berputus-asa teruslah bekerja dalam keadaan itu.
Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang tidak kita sukai.
Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal,nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun,nanti dia benci padamu.
Kata hikmat Cita-cita Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.
Orang yang bercita-cita dab berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau cita-cita.
Dalam dasar suatau cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.
Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.
Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.
Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan. Kata hikmat sahabat. Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengancuka.
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.
Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya.
Kalau enkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
Teama-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.
Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.
Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.
Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.
Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.
Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan. kata hikmat saudara. Tolonglah saudarmu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.
Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimna ia mencintai dirinya sendiri.
Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.
Bersedekah kepada orang miskin itu beerti satu sedekah sahaja,sementara sedekah kepada kaum kerabat itu beerti du sedekah,iaitu bersedekah dan mengutakan hubungan persaudaraan.
Di sana ada tiga jenis saudara,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan kepadannya,saudara yang memberikan balasana setimpal dengan kebaikan yang diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebrang kebaikan daripada anda.
Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.
Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari.
Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudarnya.
Hiduplah dengan persaudaraan
Saudara yang besar menjdai pemimpin bagi adik2nya.Saudara ynag lelaki menjadai pembela bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu ialah saudara2 yang tertua.
Saudara2 yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya. Kalau hal ini tidak dipedulikan,alamat suatu keluarga yang runtuh.
Hubungan yang mesra dan saling menghoramati antar anggota2 masyarakat akan menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan. Kata hikmat sederhana. Sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana.
Keindahan dalam dasar kelakuan dan bahasa ialah keserderhaan.
Jangan terlalau boros mengelurakan pendapat,sederhana memulai atau menjawab.Susun baik-baik alasan yang diberikan kepada yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan.
Kata hikmat senyum dan tawa. Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.
Denagn senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.
Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda.
Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.
Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang.
Jangan tertawa melaihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.
Bicaranya ...ialah senyum.
Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirsakan hari panas.
Jangan engkau tertawa di tempat yang idak menghairankan,jangan berjalan tanpa mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu,jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal,dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.
Berapakah harga ketawa yang diakhiri denagn ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.
Kata hikmat Takut Kalau takut dilambung ombak,jangan berubah di tepi pantai.
Si pengecut berpendapat bahawa pengecut itu adalah satu perhitungan yang tepat.Itu adalah perangai nafsu yang hina.
Ketakutan adalah penyakit yang sangat melekukan jiwa dalam hidup.
Rasa takut adalah naluri manusia yang wujud dari keinginan memelihara hidup.Apbila telah masuk ke dalam naluri ia tidak dihapuskan lagi.
Rasa takut timbul kerana menghadapi suatu bahaya.Dukacita timbul kerana mengenangkan seseutu maksud yang tidak tercapai atau kehilangan sesuatu yang paling berharga.Yang palaing ditakuti ialah maut.
Orang yang takut menghadapi risiko adalah orang yang mengalah sebelum mencuba kemampuannya,menyerah sebelum berjuang.
Orang penakut mengatakan bahawa pengecut itu adalah suatu siasat.,demikianlah tabiat dan jiwa yang rendah.
Jubun ialah orang yang sudah yakin bahawa dia berada di pihak yang benar.Tetapi takut menyebut kebenaran itu.Tidak mempunyai keberanian moral,sehingga menderita menerima penghinaan dan kehinaan.
Perasaan takut timbul sehingga bertemu dengan hati tenteram,lebih baik daripada tenteram yang kemudiannya menimbulkan takut.
Si penakut akan terbunuh denagn ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh dengan pedang.
Musibah yang harus ditakuti oleh manusia di dunia boleh diringkaskan menjadi lima.Pertama,sakit ketika mengembara,miskin ketiak tua,maut pada usia muda,buta setelah melihat,dilupakan orang yang disanjungi. kata hikmat usaha dan kerja. Orang yang tidak bekerja untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain,tidak mendapat rahmat daripada Allah.
Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta-minta yang belum tentu orang hendak memberikannya.
Sesunguhnya Allah menjadikan rezekiku di bawah bayang-bayang usahaku.
Janganlah kamu hanya berdoa"Ya Allah,Ya Tuhanku!Anugerahilah hambamu rezeki!Sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa langit itu tidak menurunkan hujan emas dan perak.
Pekerjaan seorang lelaki lebih memberi bekas kepada seribu orang lelaki daripada perkataan seribu lelaki kepada seorang lelaki.
Perusahaan yang rendah melata,lebih mulia daripada meminta-minta.
Penderitaan,kesusaha,kesengsaraan,kegagalan dan kekecewaan ,sekali-kali tidak boleh menghalang manusia berusaha.
Berusahalah di dunia seakan-akan engakau akan hidup selama2nya, berusahalah untuk akhirat seakan-akan engakau akan mati esoknya.
Memperolehi sesuatu dengan usaha sendiri adalah lebih baik dan lebih aku sukai daripada meminta-minta.
Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri.(Hadis)
Segala amal dan usaha di dalam hidup kita adalah didorong oleh fikiran dan batin kita.Didalam batin terletak pertimbangan di anrata buruk dan baik,cantik atau jelik.
Berusaha dalam hidup itu diwajibkan oleh agama.
Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.(hadis).
Marilah kita bekerja,beramal dan membangun negara dengan besar hati dengan wajah yang gembira dan muka berseri.Kita mulai usaha kita dengan sekadar tenaga yang kita miliki.Dan jangan bernita supaya beres dan selesai di tangan kita juga atau pada aman kita juga.(Hamka)

Selagi kita bernyawa,kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara.Itulah hasan yang sebenar.(Ibu zain)
kata hikmat Masa Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.
Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.
Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu Apbila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,birakanlah,maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan.
Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)
Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.
Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah Melayu).
Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)
Susah payah tidak memperlihatkan apa yang perlu,mengahbiskan masa yang tidak perlu. kata hikmat harta. Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka)
Kekayaan menjahanamkan si bodoh,merosakkan si pandai.
Jauhilah tuuh kebinasaan iaitu syirik,sihir,bunuh diri,makan riba,makan harta anak yatim,berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin.
Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia.
Keinginan kepada harta tidak terbatas,padahal hidup sendiri terbatas.Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada.(Hamka)
Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa.Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa.ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir.(Hamka).
Bakhil membawa celaka dan boros membawa sesal,bersikap dermawan sanagat dianjurkan,tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan adalah kawan syaitan.
Jangan dibawa pendapat kepada yang lurus.Peliharakan semuanya itu dengan sungguh-sungguh.
Kekayaan harta benda,pangkat atau kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur.
Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang yang bakhil diatur oleh hartanya.
Hatra benda yang baik untuk orang yang baik.
Antara gejala hawa nafsu manusia ialah sekali kemewahan itu mempengaruhi diri,orang yang berlaku curang.
Engkau dan harta bendamu adalah milik ayahmu.
Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan yang tidak benar amat panas dalam tangan,menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman.
Tamak haloba akan harta benda menyebabkan orang mengumpulkannya untuk kekayaan diri dan golongan tertentu.Adakalanya untuk kemegahan atau kekuasaan walaupun dengan menghisap darah dan menindas orang yang lemah.
Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia kerana memiliki harta.Pertama tamak dan haloba,kedua bakhil.
Harta benda amat perlu.Insan muslim hendaklah kaya supaya dapat membayar zakat dan naik haji.Sedang zakat dan haji adalah dua daripada lima rukun Islam.
Harta yang diberikan Allah bukan semata-mata berupa benda.Fikiran yang cerdas,akal yang lanjut,ilmu pengetahuan yang banyak dan sebagainya adalah rezeki pemberian Allah.
Kekayaan ialah nikmat Allah.seharusnya kekayaan itu kita kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah.
Bertambah tinggi darjat iman,bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya lagi.Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan.
Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat.
Lebih baik menerima nama baik daripada harta (Pujangga).
Kekayaan yang istimewa dan utama dalam kehidupan ini ialah banyaknya hubungan antara diri dengan masyarakat dan banyak mendapat pertemuan umum.
Harta benda akan menjadi sengketa kalau rahmat Allah tertahan.harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya.
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

Wednesday, August 19, 2009

دعاء كنز العرش

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Pengasih


لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ المَلِكِ القُدُّوسِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang merajai lagi Maha Suci


لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العَزِيْزِ الجَبَّارِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang Maha Mulia lagi Maha Berkuasa

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الرَّءُوْفِ الرَّحِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yangMaha Mengasihani lagi Maha Penyayang.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الكَرِيْمِ الحَكِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ القَوِيِّ الوَقِيِّ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang Maha Kuat lagi Maha Setia

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ اللَّطِيْفُ الخَبِيْرُ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الصَّمَدِ المَعْبُوْدِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang Maha Esa dan yang disembah

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الغَفُوْرِ الوَدُودِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الوَكِيْلِ الكَفِيْلِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah, tempat kita berserah yang menanggung Segala keperluan.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الرَّقِيْبِ الحَفِيْظِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang Maha Menguasai dan memelihara

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الدَّائِمِ القَائِمِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang kekal dan berdiri

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ المُحْيِ المُمِيْتِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang menghidupkan dan mematikan

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الحَيِّ القَيُّومِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang Hidup Sentiasa

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الخَالِقِ البَارِئِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah Mencipta lagi Maha Menyembuhkan

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العَلِيِّ العَظِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang Maha Agung.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الوَاحِدِ الأَحَدِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang Maha Esa

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ المُؤْمِنِ المُهَيْمِنِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang dipercayai lagi Maha Berkuasa

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الحَبِيبِ الشَّهِيْدِ

Tiada tuhan melainkan Allah Maha Suci Allah yang Maha dikasihi lagi Maha Menyaksikan

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الحَلِيْمِ الكَرِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mulia.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الاَوَّلِ القَدِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Alla,h Maha suci Allah yang Pertama dan Azali

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الاَوَّلِ الاٰخِرِ

Tiada tuhan melainkan Allah, Maha suci Allah yang Pertama dan Terakhir

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الظَّاهِرِ البَاطِنِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Zahir dan Batin.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الكَبِيْرِ المُتَعَالِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Besar lagi Maha Tinggi

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ القَاضِيَ الحَاجَاتِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang memakbulkan segala hajat.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العَرْشِ العَظِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha memiliki Arash yang hebat.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ رَبِّيَ الاَعْلىٰ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah, tuhanku yang Maha tinggi.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ البُرْهَانِ السُّلطَانِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang mempunyai dalil dan kekuasaan

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ السَّمِيْعِ البَصِيْرِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الوَاحِدِ القَهَّارِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Esa lagi Maha Mencabar

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العَلِيْمِ الحَكِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ السَّتَّارِ الغَفَّارِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Menutupi lagi Maha mengampuni.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الرَّحْمٰنِ الدَّيَّانِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Penyayang dan yang disembah

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الكَبِيْرِ الاَكْبَرِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Besar lagi Maha Besar.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العَلِيْمِ العَلاَّمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengetahui.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الشَّافِى الكَافِي

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Menyembuhkan lagi Maha mencukupkan.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العَظِيْم البَاقِي

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Hebat lagi Maha Kekal.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الصَّمَدِ الأَحَدِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Satu lagi Maha Esa.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ رَبِّ الاَرْضِ والسَّمٰوٰتِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah tuhan di bumi dan di langit.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ خَالِقِ المَخْلُوْقَاتِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang mencipta segala ciptaan.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ مَنْ خَلَقَ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الخَالِقِ الرَّزَّاقِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang menciptakan dan memberi rezeki.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الفَتَّاحِ العَلِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang membuka dan mengetahui.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العَزِيْزِ الغَنِيِّ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mulia lagi Maha Kaya.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الغَفُوْرِ الشَّكُوْرِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Pengampun dan diterima kasih.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العَظِيْمِ العَلِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Hebat lagi Maha Mengetahui.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ المُلْكِ وَالمَلَكُوْتِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang bersifat raja dan Maha Berkuasa.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العِزَّةِ وَالعَظَمَةِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mempunyai Kemuliaan dan Kehebatan.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الهَيْبَةِ وَالقُدْرَةِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Hebat lagi Maha Berkuasa.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ ذِى الكِبْرِيَاء وَالجَبَرُتِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha mempunyai Kuasa dan Kekuatan.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ السَّتَّارِ العَظِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Menutupi yang Maha Hebat

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العَـالِمِ الغَيْبِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mengetahui Perkara Ghaib.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الحَمِيْدِ المَجِيْدِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang dipuji dan mempunyai kemuliaan.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الحَكِيْمِ القَدِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Bijaksana yang Azali .

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ القَادِرِ السَّتَّارِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Menutupi.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ السَّمِيْعِ العَلِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الغَنِيِّ العَظِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Kaya lagi Maha Hebat.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العَلاَّمِ السَّلاَمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Damai.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ المَلِكِ النَّصِيْرِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Berkuasa yang Membantu.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الغَنِيِّ الرَّحْمٰنِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Kaya lagi Maha Penyayang.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ القَرِيْبِ الْحَسَنَاتِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang dekat dengan Kebaikan / Pahala.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الوَلِيِّ الحَسَنَاتِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Wali yang memberikan Pahala.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الصَّبُّورِ السَّتَّارِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Sabar yang Menutupi.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الخَالِقِ النُّورِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah Pencipta yang bercahaya.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الغَنِيِّ المُعْجِزِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Kaya yang melemahkan.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الفَاضِلِ الشَّكُورِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mulia dan diterima kasih.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الغَنِيِّ القَدِيْمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Kaya dan Azali.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ ذِى الجَلاَلِ المُبِيْنِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mulia yang menerangkan.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الخَالِصِ المُخْلِصِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Tulus lagi Maha Ikhlas.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ صَادِقِ الوَعْدِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Menetapi janji.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الحَقِّ المُبِيْنِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Benar lagi Maha Benar/Jelas.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ ذِى الْقَوِيِّ المَتِيْن

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha berkuasa lagi Maha Kebal.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ القَوِيِّ العَزِيْزِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mulia.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الحَيِّ الَّذِيْ لاَ يَمُوْتُ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Hidup yang tidak mati.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ عَلاَّمِ الغُيُوْبِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mengetahui perkara ghaib.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ سَتَّارِ العُيُوْبِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Menutupi kesalahan.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ ذِى الغُفْرَانِ المُسْتَعَانِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mengampun dan tempat berserah.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah tuhan sekelian alam.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الرَّحْمَانِ السَّتَّارِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Penyayang yang Maha Menutupi.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الرَّحِيْمِ الغَفَّارِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العَزِيْزِ الوَهَّابِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mulia lagi Pemurah/Maha Pemberi.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ القَادِرِ المُقْتَدِرِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Berkuasa / Mampu lagi Berkuasa.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ ذِى الغُفْرَانِ الحَلِمِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Mengampun lagi Maha Bijaksana.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ مَلِكِ المُلْكِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Bersifat Raja lagi Berkuasa.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الْبَارِئِ المُصَوِّرِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Memberi dan Menggambarkan.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ العَزِيْزِ الجَبَّارِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang maha Mulia lagi Maha Berkuasa.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الجََبَّارِ المُتَكَبِّرِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Kuat lagi Maha Megah.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ اللهِ عَمَّا يَصِفُونَ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha apa yang digambarkan.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ القُدُّوسِ السُّبُّوحِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Suci dan Maha Diingati.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ رَبِّ المَلآئِكَةِ وَالرُّوْحِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah tuhan malaikat dan roh.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ ذِى الاٰلآءِ وَالنَّعْمَاءِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang memberikan nikmat.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ المَلِكِ المَقْصُوْدِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang bersifat Raja dan dikehendaki.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ سُبْحَانَ الحَنَّانِ المَنَّـانِ

Tiada tuhan melainkan Allah maha suci Allah yang Maha Berbelas Kasihan lagi Maha Pemurah.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ آدَمُ صَفِيُّ اللهِ

Tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Adam dipilih Allah.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ نُوْحُ نَجِيُّ اللهِ

Tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ إِبْرَاهِيْمُ خَلِيْلُ اللهِ

Tiada tuhan melainkan Allah, nabi Ibrahim kekasih Allah.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ إِسْمَاعِيْلُ ذَبِيْحُ اللهِ

Tiada tuhan melainkan Allah, nabi Ismail Qurban Allah.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ مُوْسٰى كَلِيْمُ اللهِ

Tiada tuhan melainkan Allah, nabi Musa berbicara dengan Allah.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ دَاوُودُ خَلِيْفَةُ اللهِ

Tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Daud Khalifah Allah.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ عِيْسٰى رُوْحِ اللهِ

Tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Isa Roh Allah.

لآ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ

Tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad Rasul Allah.

اللّٰهُمَّ ارْحَمْنَا بِبَرِكَةِ تَوْرَاةِ مُوْسٰى وَإِنْجِيْلِ عِيْسٰى وَزَبُوْرِ دَاوُودُ

Ya Allah, ampunilah kami dengan berkat Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa dan

Injil diturunkan kepada nabi Isa dan Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud

وَفُرْقَانِ مُحَمَّدٍ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dan Al-Qur’an diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W

بِرحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن.

Dengan keampunanMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Pengasih.

Blogger Templates